fbpx

3 Jenis Minyak Yang Baik untuk Kesihatan Tubuh Badan

Minyak untuk kesihatan? Rata-rata masyarakat mempunyai stigma mengenai minyak. Lebih-lebih lagi minyak adalah makanan yang termasuk dalam kategori lemak.

Ada lima nutrisi utama yang diperlukan oleh tubuh kita; protein, karbohidrat, vitamin, mineral dan lemak. Setiap nutrisi ini mempunyai komposisi yang berbeza dan menghasilkan jumlah tenaga yang berbeza. 1g lemak memberikan kadar tenaga (kcal) yang paling tinggi berbanding 1g protein dan karbohidrat.

Dari sinilah selalunya punca salah faham tentang lemak. Ramai yang mengelak pengambilan lemak dalam pemakanan. Lemak yang tak baik itu adalah lemak trans yang terdapat dari makanan berproses dan makanan bergoreng. Lemak trans memang tidak baik untuk kesihatan tubuh.

Tetapi berlainan pula dengan lemak sihat dari sumber semulajadi. Lemak tidak tepu memberi manfaat yang baik kepada tubuh. “Monounsaturated fat” dan “polyunsaturated fat” diangkat sebagai jenis lemak yang baik unutk kesihatan jantung oleh American Heart Association (AHA). Apabila dimakan mengikut kadar yang disarankan, ia dapat membaiki kolesterol dalam darah. Teruskan membaca untuk mengetahui senarai minyak yang sihat.

 

 

 

Minyak Zaitun

Minyak zaitun dinobatkan sebagai minyak paling sihat di dunia. Iakaya dengan “monosaturated fat” yang sihat di samping kaya dengan antioksidan yang dapat membantu mengelakkan keradangan sel dalam tubuh. Ada pelbagai jenis minyak zaitun di pasaran, jadi amat penting untuk kita membeli minyak zaitun yang berkualiti tinggi. Minyak zaitun dengan khasiat terbaik adalah minyak zaitun extra virgin. Ia diperolehi dari perahan yang menggunakan Teknik “cold press”. Teknik ini memastikan khasiat minyak zaitun terjaga. Banyak kajian menemui kelebihan minyak zaitun extra virgin berkaitan penyakit seperti penyakit berkaitan jantung, kolesterol, strok, Alzheimer, diabetes, arthritis dan kanser.

 

 

Minyak Habbatus Sauda

Minyak habbatus sauda mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Kandungan thymoquinone, carvacrol, t-anethole and 4-terpineol yang ada dalam habbatus sauda mempunyai manfaat yang hebat untuk kesihatan tubuh dan membantu melawan penyakit. Minyak habbatus sauda mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuk dalam rawatan asma malahan ia juga didapati membantu dalam proses menurunkan berat badan. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk manfaat kepada kulit dan rambut.

 

 

 

Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara mengandungi mengandungi asid laurik yang bagus untuk menyokong sistem ketahanan badan dan baik untuk jantung, jadi ia sesuai dimasukkan ke dalam menu sihat anda. Ia dapat memberikan tenaga segera sekiranya anda keletihan. Malahan, kajian juga mendapati dapat membantu dalam mengurangkan kadar lemak dalam badan, membantu kesihatan jantung dan meningkatkan prestasi otak. Selain baik untuk fungsi dalaman, minyak kelapa dara juga sudah lama diamalkan untuk kecantikan kulit, rambut dan kuku.

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, minyak atau lemak, seperti semua benda lain mempunyai aspek baik dan buruknya. Kita sebagai masyarakat yang menuju kearah kesihatan menyeluruh perlulah menghilangkan stigma terhadap lemak dan mendalami lagi pengetahuan kita mengenainya agar kita tahu apa yang patut kita masukkan ke dalam badan kita. Olive House memberi anda platform bagi memulakan penjagaan kesihatan anda melalui pengunaan minyak sihat daripada rangkaian produk minyak berkualiti tinggi seperti Minyak Habbatus Sauda dan Minyak Kelapa Dara keluaran Olive House. Jika anda ingin menggunakan minyak zaitun anda boleh menggunakan Olivie Plus, Olivie Power Up atau PhenOliv. Jangan berlengah lagi, dapatkan minyak berkhasiat daripada ejen-ejen Olive House berdaftar di seluruh Malaysia.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *